Tanah jerlus: Baki dua lurang kumbahan belum diperiksa

Iklan
Zaliha

KUALA LUMPUR - Berbaki dua lagi lurang kumbahan iaitu Dataran Merdeka dan Bulatan Kinabalu dalam proses pemeriksaan pencarian mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat ini sebanyak empat lurang kumbahan telah diperiksa dan usaha pencarian akan diteruskan sehingga mangsa dikenali Vijayaletchumy, 48, ditemukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tempoh operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat dipastikan dan bergantung kepada keadaan.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilaksanakan di dua lagi lurang kumbahan (mainhole) sehingga ke kolam Pantai Dalam.

Iklan

"Jika mangsa masih tidak ditemui, kita akan mengadakan perbincangan semula untuk mengambil langkah seterusnya," katanya selepas meninjau lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini pada Sabtu.

Zaliha meninjau lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Sabtu.

Katanya, setakat ini pihaknya belum menerima laporan penuh dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Iklan

"Pelbagai spekulasi diberikan namun punca kejadian hanya diketahui selepas laporan penuh diterima daripada agensi terlibat apabila operasi selesai.

"Selepas itu, semua pihak akan duduk semeja buat pemetaan dan kumpul input termasuk geologi untuk lihat usaha seterusnya bagi memastikan kawasan ini dan sekitar selamat," katanya.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya telah bertemu keluarga mangsa bagi memberikan bantuan dan sokongan diperlukan.

Tambah Zaliha, pihaknya juga akan meminta bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi khidmat kaunseling untuk sokongan emosi keluarga.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan kejadian seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Laporan kejadian itu diterima JBPM Kuala Lumpur pada jam 8.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.