Penyokong JDT, Selangor FC mula penuhi Stadium Bukit Jalil

Iklan
Penyokong Selangor FC dan JDT mula bergerak menuju ke pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan Piala FA malam ini. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
PENYOKONG penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC sudah mula memenuhi perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Perlawanan yang akan bermula jam 9 malam itu dijangka berlangsung sengit mencari juara baharu edisi 2024.

Pertembungan antara JDT menentang Selangor FC dalam aksi Piala FA pada malam ini menjadi perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Ia dijangka menjadi aksi yang menarik dan sengit melihatkan reputasi kedua-dua pasukan ketika ini.

Penganalisis bola sepak tempatan, Mohd Fauzi Pilus sebelum ini dilapor berkata, skuad JDT dijangka terus menjadi pilihan untuk menjulang piala tersebut, namun Selangor berpotensi untuk mencipta kejutan.

Menurutnya, kedua-dua pasukan akan tampil dengan taktikal ampuh dan permulaan perlawanan akan menjadi terbuka sebelum pasukan yang terbaik pada aksi final itu akan muncul juara.