JKNS siasat dakwaan 'pengalaman ngeri' bersalin di hospital kerajaan

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menyiasat dakwaan pengalaman ngeri seorang wanita menjalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

JKNS dalam kenyataan memaklumkan, buat masa ini pihaknya sedang meneliti pengurusan pesakit berkenaan sepanjang tempoh rawatan semasa berada di hospital tersebut.

Iklan
Iklan

"Pihak hospital akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mengaturkan sesi pertemuan bersama pesakit dalam masa terdekat," menurut kenyataan tersebut.

JKNS dalam kenyataan sama turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada hospital bagi melengkapkan siasatan.

Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial menerusi video bertajuk 'Pengalaman bersalin CZER di Hospital Kerajaan paling ngeri 2024' yang mendakwa telah berlaku kecuaian oleh pihak petugas kesihatan ketika prosedur berkenaan berlangsung sehingga menjejaskan fungsi badannya. - Bernama

Iklan