PAU 2024: Pameran senjata ATM jadi tumpuan

Iklan
Kanak-kanak teruja menyaksikan model senjata ATM.

KUALA LUMPUR - Pameran senjata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat sambutan hangat sepanjang empat hari Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Rata-rata pengunjung terutamanya kanak-kanak teruja menyaksikan aset pasukan keselamatan yang boleh dilihat secara lebih dekat.

Iklan
Iklan

Antara aset yang dipamerkan termasuk senjata pistol Glock 19X, HK MP5 SMG, M4 Super 90 pumpgun, rifle dan multi calibre sniper rifle.

Kanak-kanak teruja menyaksikan aset pasukan keselamatan.
Iklan

Selain itu, kelengkapan seragam keselamatan tentera tersebut turut dipamerkan di reruai berkenaan.

Iklan

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan bergambar bersama koleksi peralatan berkenaan.