Final Piala FA: JDT mula garang, dahului Selangor FC

Iklan
Pemain Johor Darul Ta'zim, Arif Aiman Mohd Hanapi meraikan jaringannya ketika menentang pasukan Selangor FC pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Bernama

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) boleh menarik nafas lega apabila berkelebihan dua jaringan pada babak pertama aksi final Piala FA 2024 menentang Selangor FC sebentar tadi.

Juan Muniz membuka tirai jaringan buat skuad Harimau Selatan menerusi sepakan percuma pada minit ke-26 dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Iklan
Iklan

Muniz sebelum itu mempunyai dua peluang untuk meledak, namun gagal menemui sasaran.

JDT yang dibimbing Hector Bidoglio kemudian mengandakan jaringan menerusi pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi.

Iklan

Jaringan tersebut terhasil menerusi tandukan pada minit ke-42 selepas menerima hantaran dari Oscar Arribas.

Skuad Gergasi Merah yang turut menyusun gerak menyerang juga memiliki ruang untuk meledak gawang pasukan Harimau Selatan.

Iklan

Namun percubaan Ronnie Fernandes gagal menemui sasaran dan keputusan pada separuh masa kedua kekal 2-0 berpihak kepada JDT.