Kerajaan setuju jadikan Sarawak penganjur bersama Sukan SEA 2027 - PM

Iklan
Anwar bersalaman dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Penutup Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya pada Sabtu. Foto Bernama

KERAJAAN bersetuju untuk menjadikan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA apabila tiba giliran negara menjadi tuan rumah temasya sukan serantau itu pada 2027 nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keupayaan Sarawak untuk menjadikan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sebagai antara penganjuran temasya sukan yang terbaik yang pernah diadakan, membuatkan beliau bersetuju memberikan tanggungjawab sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Iklan
Iklan

"Dengan keupayaan Sarawak menganjur sukan di antara yang terbaik yang pernah kita adakan, saya bagi pihak kerajaan Malaysia bersetuju untuk Sarawak bersama dengan kerajaan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2027," katanya semasa berucap di Majlis Penutupan SUKMA 2024 di Stadium Perpaduan di sini, malam Sabtu.

Perdana Menteri berkata, walaupun beliau berada di New Delhi, India sewaktu majlis pembukaan temasya sukan dwitahunan itu 17 Ogos lepas, beliau tetap mengikuti perkembangan temasya itu.

Iklan

"Suasana hebat, dari perasmian yang cukup hebat, ada yang catat (di laman sosial) boleh menandingi perasmian Sukan Olimpik Paris. Hebat Sarawak ni.. Ini baru semangat Segulai Sejalai," katanya merujuk kepada frasa Iban yang bermaksud"Seiring Sejalan”.

Iklan