Pemuda UMNO tunggu, lihat isu rayuan Titah Adendum

Iklan
Dr Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung isu rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk membuat permohonan menghadap pihak istana bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya percaya perkara ini kalau diberikan keadilan sebaiknya semua pihak akan berpuas hati.

"Kita tunggu dan lihat keputusan mahkamah, selepas itu kita mulakan langkah seterusnya,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada 16 Julai, media melaporkan Najib telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum yang didakwa dikeluarkan bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Peguam Najib iaitu Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, notis rayuan telah difailkan pada 9 Julai lepas.

Iklan

Ujarnya, berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.