Buat kajian menyeluruh elak tanah mendap

Iklan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga India yang menjadi mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Foto Bernama

BARU-BARU ini, negara mengalami perubahan cuaca yang tidak menentu termasuk hujan lebat di beberapa kawasan antaranya Kuala Lumpur dan Selangor.

Perubahan cuaca itu seterusnya menyebabkan beberapa kawasan terdedah kepada bencana alam misalnya tanah mendap sepertimana yang berlaku di di Jalan Masjid India pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Tanah mendap tiba-tiba muncul di jalan itu di tengah-tengah bandar raya, 'menelan' Vijayaletchumy, 48, seorang pelancong wanita dari Kuppam, Andhra Pradesh, India.

Lubang sedalam lapan meter, muncul tanpa amaran dan menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa bertarung dengan masa untuk mengesan mangsa.

Iklan

Tragedi tersebut telah menimbulkan banyak persoalan mengenai apa yang memenyebabkan lubang benam dan mengapa ia boleh berlaku secara tidak dijangka, terutamanya di kawasan bandar yang padat dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, tanah mendap turut dilaporkan berlaku di kawasan perumahan Pangsapuri Seri Seraya.

Iklan

Kemunculan satu lubang dengan kedalaman kira-kira satu meter di hadapan kawasan perumahan itu mengundang kebimbangan penduduk.

Pengawal keselamatan yang mahu dikenali sebagai Ikram berkata, mendapan itu dipercayai berpunca daripada pergerakan aliran air bawah tanah sejak Khamis lalu.

Menurut Pensyarah Kanan Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Nor Shahidah Mohd Nazer, risiko tanah mendap di ibu kota Kuala Lumpur berada pada tahap tinggi ekoran kejadian tersebut merupakan bencana yang signifikan bagi kawasan batu kapur.

Beliau menjelaskan, risiko berkenaan turut berlaku di kawasan atau zon tanah dengan aliran air aktif di bahagian dasar.

"Kehadiran rongga dalam tanah boleh ditentukan secara tepat, namun memerlukan beberapa kombinasi garis kajian untuk membuat projeksi atau jangkaan isi padu yang terlibat.

"Bagi kawasan sebegini, kaedah ‘penurapan’ sudah mencukupi untuk memenuhkan kembali rongga yang wujud dalam tanah,” ujarnya.

Sudah jelas fenomena semula jadi ini boleh berubah dari lubang kecil hingga mampu meragut nyawa dan merosakkan infrastruktur setempat.

Oleh itu, kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan keadaan tanah terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti yang berpotensi menyebabkan tanah lembap berlaku.