Golongan muda perlu pertahan tulisan jawi

Iklan
Meskipun berketurunan Cina, Ching Lyu bukan sahaja pandai membaca malah menulis jawi dengan baik setanding dengan masyarakat Melayu.

PASIR MAS - Meskipun berketurunan Cina, Owee Ching Lyu, 82, bukan sahaja pandai membaca malah mampu menulis jawi dengan baik setanding masyarakat Melayu.

Minat mendalam terhadap jawi membuatkan Ching Lyu atau nama Melayunya, Pak Awang masih menyimpan rapi bahan bacaan bertulisan jawi.

Iklan
Iklan

Menurut Pak Awang, minat terhadap tulisan jawi berputik sejak kecil ketika dia menuntut di Sekolah Melayu Pasir Mas.

Menurut Ching Lyu, tulisan jawi itu dipelajari dari gurunya, Abdullah Harun bermula dari 1951 sehingga 1957.

"Bertitik tolak dari situlah saya belajar menulis dan membaca jawi.

Iklan

"Kemahiran ini bertahan sehingga sekarang walaupun berlaku penambahbaikan cara ejaan jawi,” katanya ketika ditemui Sinar Ahad di Kampung Sakar Sungai, baru-baru ini.

Menurutnya, dia mula mempelajari tulisan jawi daripada gurunya, Abdullah Harun bermula dari 1951 sehingga 1957.

Iklan

Ujarnya, berkat ajaran gurunya menjadikan dirinya mahir menggunakan tulisan berkenaan.

Minat mendalam terhadap jawi membuatkan Ching Lyu atau nama Melayunya Pak Awang masih menyimpan rapi bahan bacaan yang mempunyai tulisan itu.

Pak Awang berkata, percampuran bersama masyarakat Melayu ketika bersekolah menjadikannya lebih selesa menggunakan tulisan jawi sehingga hari ini.

Ujarnya, selain itu galakan daripada anak-anak menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus mengasah kemahiran membaca dan menulis jawi.

"Bagi saya belajar jawi sangat mudah. Sebagai manusia, kita perlu mencari pelbagai ilmu untuk kehidupan,” katanya.

Selain itu galakan dari anak-anak menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus mengasah kemahiran membaca dan menulis jawi.

Pak Awang berkata, secara tidak langsung tulisan jawi dapat mendaulatkan bahasa Melayu dengan menjadikannya sebagai medium komunikasi bersama enam anak perempuannya termasuk menantu dan 12 cucu selain bahasa Cina.

"Saya harap generasi muda hari ini dapat mempertahankan tulisan jawi supaya ia tidak lenyap ditelan arus kemodenan,” katanya.