Pengasas Telegram ditahan di Perancis

Iklan
Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang Sabtu.

KUALA LUMPUR - Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

Jutawan Rusia itu dilaporkan tiba di Perancis melalui Lapangan Terbang Le Bourget dari Azerbaijan sebelum ditahan pihak polis.

Iklan
Iklan

Penyiar rangkaian televisyen komersial Perancis (TF1) dan rangkaian penyiaran berita televisyen dan radio BFMTV, memetik sumber berkata Durov ditahan di bawah waran berkaitan kesalahan yang melibatkan aplikasi mesej popular berkenaan.

Siasatan awal mungkin dimulakan seawal Ahad, menurut laporan TF1.

Iklan

Durov, yang juga pengasas platform media sosial Rusia VKontakte, mencipta Telegram bersama saudaranya, Nikolai.

Telegram merupakan antara rangkaian dalam talian terpenting di Rusia dan digunakan oleh pihak berkuasa serta ahli politik untuk berkomunikasi. - Bernama

Iklan