Ten Hag salahkan pemain selepas tewas kepada Brighton

Iklan
Erik ten Hag FOTO: AFP

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyalahkan pemain pertahanan selepas kekalahan 1-2 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

United berpeluang untuk membawa pulang satu mata apabila rembatan Amad Diallo pada minit ke-60 membatalkan gol awal Brighton yang dijaringkan Danny Welbeck.

Iklan
Iklan

Tetapi penyerang Brazil, Pedro yang tidak dikawal mudah menanduk masuk gol untuk meraih tiga mata penting di laman sendiri.

United telah berbelanja besar pada jendela perpindahan untuk mengukuhkan pertahanan mereka dengan pembelian Noussair Mazraoui, Matthijs de Ligt dan Leny Yoro.

Iklan

De Ligt adalah salah seorang pemain pertahanan yang dipersalahkan selain Scott McTominay yang hanya mampu melihat hantaran silang Simon Adigra sebelum bola disambar Pedro.

"Jika anda melepaskan gol seperti yang kami lakukan maka anda kehilangan mata.

Iklan

"Kami melepaskan dua gol mudah dan kami harus bertindak lebih baik sebagai satu pasukan. Kita harus lebih peka dalam saat-saat seperti itu," katanya.