Lelaki maut nahas empat kenderaan di Pekan Nanas

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas empat kenderaan di Pekan Nanas pada awal pagi Ahad. - Foto JBPM

PONTIAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Batu 26, Pekan Nanas berhampiran sebuah hostel pekerja kilang di sini pada awal pagi Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Nazri Ahmad Shahidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 1.30 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

"Setiba pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kemalangan didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan empat kenderaan.

Iklan

"Sebuah kereta BMW telah hilang kawalan dan merempuh tiga kenderaan lain iaitu Proton Saga FLX dan Perodua Kelisa dan Alza," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dalam nahas empat kenderaan di Pekan Nanas pada awal pagi Ahad. Foto JBPM

Menurut beliau, mangsa yang maut adalah pemandu kereta Perodua Kelisa.

Iklan

"Anggota bomba membantu mengeluarkan lelaki berusia 33 tahun itu yang tersepit di dalam kereta menggunakan peralatan khas.

"Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.