Pengasas Telegram ditahan: Elon Musk sindir undang-undang Eropah

Iklan

MOSCOW - Selepas pengasas Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis, usahawan Amerika Syarikat (AS), Elon Musk dengan nada sinis meramalkan bahawa menjelang 2030, Eropah mungkin akan mula melaksanakan hukuman berat terhadap individu yang menyukai imej humor (meme) di Internet.

"POV: Tahun 2030 di Eropah dan anda dihukum berat kerana menyukai meme," kata Musk di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, ketika mengulas mengenai laporan penahanan Durov, lapor Agensi Berita Rusia (Sputnik).

Elon Musk

Iklan
Iklan

Dalam satu hantaran berasingan, Musk secara ironis berkata, penahanan Durov adalah satu"tindakan yang meyakinkan" untuk Pindaan Pertama Perlembagaan AS, yang menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh mencabuli kebebasan bersuara.

Sebelum ini, media Perancis melaporkan bahawa Durov ditahan di lapangan terbang Le Bourget, yang terletak di pinggir Paris.

Iklan

Durov, yang mempunyai kewarganegaraan Perancis disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Perancis.

Pada 19 Ogos, Sputnik melaporkan bahawa pihak berkuasa perbandaran Amsterdam, Belanda melarang kakitangan kerajaan daripada menggunakan aplikasi Telegram kerana kebimbangan mengenai risiko pengintipan, menurut laporan radio BNR pada Isnin.

Iklan

Alexander Scholtes, seorang ahli majlis bandar yang bertanggungjawab terhadap dasar IT mengesahkan kepada radio BNR bahawa larangan itu dikuatkuasakan pada penghujung April dengan alasan"aktiviti jenayah dalam aplikasi terbabit dan risiko pengintipan" sebagai faktor utama keputusan itu dibuat.

Walaupun Telegram dicipta di Rusia, ibu pejabatnya kini terletak di Dubai, dengan syarikat itu didaftarkan secara rasmi di Kepulauan Virgin.

Setakat ini, perbandaran lain di Belanda belum mengenakan larangan serupa terhadap Telegram. - Bernama