Tukang kebun warga Thailand maut motosikal terbabas

Iklan
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan di Kilometer 87.4 Lebuhraya Utara Selatan pada malam Sabtu. Foto PDRM

SUNGAI PETANI - Seorang warga Thailand maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke tengah jalan di Kilometer 87.4 Lebuhraya Utara Selatan pada malam Sabtu.

Mangsa, Phanchakan Kasiwat, 19, yang beralamat di Pengkalan Hulu, Perak dan bekerja sebagai tukang kebun meninggal dunia selepas parah di kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan kira-kira jam 10.45 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Gurun ke Sungai Petani.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat mengawal motosikal lalu terbabas di tengah jalan.

Iklan

"Kejadian berlaku dalam keadaan jalan lurus dan cuaca baik namun agak gelap kerana tidak berlampu.

"Seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Afiq Hariz Yazid, 20, yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak, lalu merempuh mangsa yang berada di tengah jalan," katanya.

Iklan

Tambah beliau, akibat kejadian itu, Phanchakan Kasiwat meninggal dunia manakala Muhammad Afiq mengalami kecederaan di badan, kaki dan tangan.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.