The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain
Iklan
Muhammad Sanusi
ALOR SETAR - The Greater Kedah hanya akan menggunakan sumber dalam negeri untuk melonjakkan negeri ini ke tahap lebih baik.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia berbeza jika dibandingkan dengan The Greater Lembah Klang atau The Greater Penang yang telah lama dilaksanakan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kebanyakan pelan The Greater membabitkan negeri-negeri lain tidak dihebahkan kerana ia merupakan perkara sensitif apabila melibatkan sumber (feeder) dari negeri lain.
"Kita lancar The Greater Kedah dan perlukan kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri lain tetapi ia tidak akan sentuh perkara berkepentingan sensitif.
Iklan
"Hanya menyentuh hal-hal berkaitan tanggung jawab, fungsi, peranan dan sumber yang kita ada untuk bangkitkan kekuatan menuju Greater Kedah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan pertanyaan lisan Azhar Ibrahim (Pas-Ayer Hitam) berkaitan perancangan dan halangan dalam melaksanakan The Greater Kedah.
Iklan
Sanusi percaya hasrat Kedah itu tidak akan dihalang kerajaan Persekutuan kerana masing-masing memahami bidang kuasa dan fungsi setiap pihak.
Menurutnya, diharap semua agensi dan jabatan Persekutuan juga dapat menyelami hasrat tersebut kerana The Greater Kedah akan menjadi dokumen utama sebagai pandu arah pembangunan negeri.
Sanusi memaklumkan, bagi memastikan agenda The Greater Kedah dapat dicapai, sebuah Jawatankuasa Pemandu Jawatankuasa Pelaksana dan Sekretariat The Greater Kedah ditubuhkan.
"Jawatankuasa terlibat sedang menyediakan draf pertama Blueprint The Greater Kedah. Jawatankuasa ini sedang menilai dan memuktamadkan isi kandungan blueprint dan dijangka dilancarkan hujung September ini,” katanya.
Jelasnya, Blueprint The Greater Kedah merangkumi pelan perancangan sedia ada antaranya, Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035), Pelan Strategik Ahli Majlis Kerajaan Negeri 2024- 2028 serta Rancangan Struktur Negeri (RSN).
"The Greater Kedah merupakan gagasan besar negeri untuk tempoh jangka panjang melibatkan keseluruhan aspek berkepentingan negeri. Ia melibatkan usaha pemerkasaan dalam aspek seperti ekonomi, sosial, hasil bumi, fiskal negeri, tadbir urus, perundangan dan kehakiman serta kerjasama strategik dan perancangan geopolitik,” jelasnya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam