Sempat mohon maaf pada ibu, lelaki maut terjatuh perigi

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut jatuh ke dalam perigi berhampiran rumahnya di Taman Nesa, Skudai. Foto JBPM

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam perigi dianggarkan sedalam hampir lima meter berdekatan rumahnya di Kampung Nesa, Skudai di sini pada malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.41 malam.

Iklan
Iklan

"Pasukan keluaran operasi (PKO) yang tiba di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berusia 47 tahun telah terjatuh ke dalam perigi berhampiran rumahnya.

"Menurut saksi iaitu adiknya, mangsa ada menghubungi ibunya untuk memohon maaf sebelum didapati terjatuh ke dalam perigi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut Saiful Bahri, anggota bertindak membuat pemeriksaan dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman ke dalam perigi tersebut.

"Mangsa dijumpai pada jam 10.30 malam dan dibawa naik ke atas dengan menggunakan tali.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pembantu perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.