Dua angkasawan terkandas di ISS dibawa pulang ke bumi tahun depan

Iklan
Mereka dijadual kembali selepas lapan hari, tetapi terkandas di angkasa lepas selama lebih dua bulan disebabkan masalah teknikal pada kapal angkasa terbabit.

LOS ANGELES - NASA pada Sabtu memutuskan untuk membawa pulang kapal angkasa Boeing's Starliner ke Bumi pada September, manakala dua angkasawan yang terkandas Butch Wilmore dan Sunita Williams akan kekal di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sehingga Februari, lapor Xinhua.

"Membawa pulang kapal angkasa tanpa kru membolehkan NASA dan Boeing terus mengumpul data ujian mengenai Starliner semasa penerbangan pulangnya yang akan datang, di samping mengurangkan risiko yang tidak perlu kepada anak kapal," menurut NASA dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Angkasawan NASA, Wilmore dan Williams tiba di ISS pada 6 Jun dengan menaiki kapal angkasa Boeing Starliner.

Mereka dijadual kembali selepas lapan hari, tetapi terkandas di angkasa lepas selama lebih dua bulan disebabkan masalah teknikal pada kapal angkasa terbabit.

Iklan

NASA dan Boeing mengesan kebocoran helium dan masalah dengan pendorong kawalan tindak balas kapal angkasa pada 6 Jun semasa Starliner menghampiri stesen angkasa.

NASA menyatakan bahawa Wilmore dan Williams akan meneruskan tugas mereka secara rasmi sehingga Februari 2025.

Iklan

Mereka akan pulang ke Bumi dengan menaiki kapal angkasa SpaceX Dragon bersama dua anggota lain yang ditugaskan dalam misi SpaceX Crew-9 agensi itu.

Bagi memastikan ruang dok di ISS tersedia untuk misi Crew-9, Starliner dijangka memasuki kembali atmosfera Bumi secara autonomi dan terkawal pada awal September sebelum pelepasan misi Crew-9, menurut NASA.

Misi Crew-9, yang pada asalnya dijadual membawa empat anak kapal akan dilancarkan pada Selasa, 24 September. - Bernam a