Perbuatan persoal usaha bantu rakyat Palestin biadab - Anwar

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan segelintir pihak yang mempersoalkan usaha murni kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk diberi rawatan.

Beliau berkata, kenyataan yang buat oleh pihak tersebut biadab dan tidak tahu erti kemanusiaan.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau terpanggil untuk menjawab satu hantaran daripada seorang individu yang kononnya mengatakan ‘kalau bawa rakyat Palestin, jangan jejak bumi Sarawak’.

"Semalam saya di Kuching Sarawak untuk (penutupan) Sukan Malaysia (Sukma) dan saya sangat terpanggil untuk menjawab satu telahan daripada seorang yang...kata kononnya ‘kalau bawa rakyat Palestin, jangan jejak bumi Sarawak’.

Iklan

"Itu pandangan yang paling biadab. Tidak tahu erti kemanusiaan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin, sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Terdahulu seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dari Sarawak telah memuat naik kenyataan itu di Facebooknya, mempersoal tindakan kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia.

Iklan

Mengulas lanjut, Anwar berkata individu sebegini seorang yang tidak faham akan isu kemanusiaan.

"Di mana kemanusiaan ini sehingga sentimen kaum atau wilayah menyebabkan sikap yang begitu?

"Mujurlah ini suara-suara kerdil dan jangan kita izinkan kerana jika diizinkan ia akan membiak, dan menjadi barah,” katanya. - Bernama