MAIK, Bank Muamalat tingkat kutipan wakaf melalui QR

Iklan
Hasnan (empat dari kiri) merasmikan pelancaran logo baharu dan kod QR Wakaf MAIK Muamalat.

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Bank Muamalat Malaysia menyasarkan sebanyak 20 peratus peningkatan kutipan wakaf tahun ini melalui kod Respons Pantas (QR).

Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Zaharuddin Alias berkata, penggunaan sistem itu akan diperluaskan di lebih banyak lokasi termasuk masjid dan surau bagi menggalakkan masyarakat berwakaf.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sumbangan yang diterima melalui Wakaf MAIK Muamalat akan diagihkan kepada projek wakaf dalam pelbagai sektor termasuk penajaan asnaf terpilih.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran logo baharu dan kod QR Wakaf MAIK Muamalat sempena Bulan Wakaf MAIK, di sini pada Ahad.

Iklan
Zaharuddin (kanan) pada Majlis Pelancaran logo baharu dan kod QR Wakaf MAIK Muamalat sempena Bulan Wakaf MAIK, pada Ahad.

Majlis dirasmikan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Hasnan Ramli dan Pengarah Perbankan Runcit Bank Muamalat, Mohammad Zalman Jalil.

Selain itu, Zaharuddin memberitahu, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan wakaf digital sejak 2018 di lima negeri termasuk Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.

Iklan

"Di Kelantan, kita dapat mengumpul nilai kutipan lebih RM2.3 juta dan sehingga kini banyak memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan di negeri itu," katanya.

Zaharuddin memberitahu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan majlis agama Islam di semua negeri terlibat untuk kemajuan yang lebih baik.