Tanah jerlus Masjid India: Bomba pam Loji IWK Pantai Dalam

Iklan
Proses pengepaman air di loji berkenaan yang bermula tengah hari tadi adalah sebahagian daripada kaedah operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu. Gambar/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR - Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Ahad mengepam keluar air saluran kumbahan di Indah Water Konsortium (IWK) Kuala Lumpur di Pantai Dalam, dalam usaha mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India.

Jurucakap JBPM berkata, proses pengepaman air di loji berkenaan yang bermula tengah hari tadi adalah sebahagian daripada kaedah operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Sekarang kami sedang pam air keluar, selepas itu baru anggota kami dapat memasuki lurang kumbahan (manhole) yang mencabar,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman memaklumkan operasi pencarian mangsa kejadian tanah jerlus itu memfokuskan kepada enam lurang kumbahan di hadapan Wisma Yakin selain Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.

Iklan

Operasi SAR hari ketiga hari ini pula memberi tumpuan di dua lurang kumbahan di Jalan Melayu dan persimpangan Jalan Melayu.

Operasi SAR membabitkan agensi seperti JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan IWK.

Iklan

Jumaat lalu, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter. - Awani