Polis kesan kenderaan lawan arus di Jalan Kem, Pelabuhan Klang

Iklan
Polis mengesan beberapa kenderaan dipandu secara melawan arus dekat Jalan Kem, Pelabuhan Klang yang tular menerusi media sosial.

KLANG - Polis mengesan beberapa kenderaan dipandu secara melawan arus dekat Jalan Kem, Pelabuhan Klang yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kenderaan berkenaan dilihat memandu secara melawan arus dari Jalan Lebuh Raja Lumu menuju ke persimpangan Jalan Kem.

Iklan
Iklan

"Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berpunca akibat kemalangan melibatkan sebuah treler dan kereta di Jalan Pintasan (Jalan Pelabuhan Utara menghala ke Jalan Pelabuhan Barat).

"Kemalangan terbabit menyebabkan aliran trafik mengalami kesesakan dan kenderaan bergerak perlahan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya, kesesakan menyebabkan beberapa pengguna jalan raya memotong deretan kenderaan yang sedang bergerak perlahan.

"Kesalahan yang dikesan adalah memandu secara melawan arus serta memotong kenderaan lain di laluan yang tidak dibenarkan.

Iklan

"Tindakan mengesan semua kenderaan terlibat sedang dijalankan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Pada Ahad, tular video di media sosial memaparkan beberapa buah kenderaan bertindak melawan arus di Jalan Kem, Pelabuhan Klang.

Video berdurasi seminit 22 saat itu memaparkan beberapa kenderaan bertindak memotong kenderaan lain yang bergerak secara perlahan.