Angka korban banjir kilat di Indonesia meningkat kepada 13 orang

Iklan
Penyelamat dan penduduk memindahkan mayat mangsa banjir kilat di Rua, Pulau Ternate pada Ahad. Foto EPA

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban, dua cedera dan beberapa lagi dilaporkan hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh merosakkan rumah serta infrastruktur di wilayah Maluku Utara, Indonesia pada Ahad, menurut pegawai agensi bencana, lapor Xinhua.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari berkata, beberapa rumah dan jalan raya rosak di kota Ternate akibat bencana alam itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, operasi memindahkan mangsa yang terjejas sedang dijalankan dengan pasukan tindak balas pantas daripada agensi itu dan pihak lain turut terlibat.

Anggota penyelamat dan penduduk mencari mangsa banjir kilat di Rua, Pulau Ternate, kira-kira 3188 kilometer timur laut Jakarta, Indonesia pada Ahad. Foto EPA

Menurut beliau, agensi itu juga sedang menjalankan penilaian risiko terhadap bencana berkenaan.

Iklan

Ketua Pejabat Pengurusan dan Mitigasi Bencana wilayah Maluku Utara, Fehby Alting berkata, empat jentera berat telah dikerahkan untuk membantu dalam misi mencari dan menyelamat.

"Usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan," kata Alting.

Iklan

Beliau berkata, hujan lebat yang bermula pada Sabtu mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar Ternate. - Bernama-Xinhua