Peniaga warga asing lari lihat anggota imigresen

Iklan
Antara peniaga warga asing yang ditahan dalam Ops KL Strike Force, di Jalan Petaling, pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan peniaga warga asing bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, di Jalan Petaling di sini, pada Ahad.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, namun cubaan mereka meloloskan diri tidak berjaya dan ditahan dalam Ops KL Strike Force pada jam 3 petang.

Iklan
Iklan

"Dalam operasi itu, seramai 47 lelaki diperiksa dan daripada jumlah itu 16 lelaki ditahan atas pelbagai kesalahan Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka adalah lapan lelaki warga Bangladesh, lima lelaki Myanmar, dua lelaki warga India dan seorang lelaki warga Pakistan. Semua individu itu ditahan untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, Ops KL Strike Force yang melibatkan pelbagai agensi itu merupakan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang mahu ibu kota menjadi bandar selamat dan selesa.

"Operasi hari ini melibatkan JIM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita memfokuskan warga asing yang tiada permit dan tiada lesen perniagaan.

Iklan

"DBKL turut menyita pelbagai barangan termasuk beg dan kasut tiruan untuk tindakan selanjutnya," katanya.