Bom lama dijumpai di tapak pembinaan di Gemas

Iklan
Pasukan unit pemusnah bom telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama tersebut. Gambar hiasan 123RF

TAMPIN - Sebutir bom lama ditemui di sebuah tapak pembinaan di Kilometer 3 Jalan Pasir Besar-Jelai, Gemas di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 4.50 petang daripada seorang pekerja ladang.

Iklan
Iklan

"Hasil daripada maklumat berkenaan mendapati tempat kejadian merupakan kawasan tapak projek yang diusahakan oleh sebuah syarikat sejak setahun lalu.

"Bom berkenaan unexploded ordnance (UXO) dijumpai semasa kerja-kerja mengorek tanah dilakukan untuk meratakan tapak pembinaan di situ," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ujarnya, siasatan awal mendapati UXO itu adalah daripada jenis aerial bomb 1000LBS yang dilancarkan dari udara, ia berdasarkan penemuan suspension lug pada permukaan UXO dengan ukuran panjang 153 sentimeter (cm) dan ukur lilit 142cm.

"Setelah membuat penilaian risiko, pasukan unit pemusnah bom telah menjalankan tindakan pemusnahan UXO tersebut dan proses berkenaan selesai setelah tindakan pembersihan keselamatan dilakukan di lokasi bagi memastikan tiada lagi bahan letupan tertinggal," katanya.

Iklan