'Pingat Datuk ini untuk mak ayah' - Dr Akmal Saleh

Iklan
Tangkap layar hantaran Dr Muhamad Akmal di TikTok pada Ahad.

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendedikasikan gelaran Datuk yang diterimanya buat ibu bapa tercinta.

Beliau berkata, penganugerahan darjah kebesaran itu bukan semata-mata untuk dirinya, tetapi disebabkan pengorbanan ibu bapa yang membesarkannya.

Iklan
Iklan

"Gelaran ini bukan milik saya. Saya nak beri kepada orang yang betul-betul layak menerimanya.

"Ini untuk ayah dan mak, terima kasih lahirkan orang (saya). Kalau tak ada ayah dan mak, tak adalah saya di dunia ini," katanya ringkas menerusi hantaran video di TikTok pada Ahad.

Iklan

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Seramai 352 individu tersenarai untuk menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri antaranya pelakon kacak, Remy Ishak serta aktor, Ashraf Muslim.

Iklan

Menerusi hantaran sebelumnya, Dr Muhamad Akmal sempat menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih buat kerajaan negeri Melaka di atas penganugerahan pingat tersebut.

Tambahnya, anugerah berkenaan adalah untuk semua warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Pemuda UMNO meskipun beranggapan sebenarnya ramai individu yang lebih layak menerimanya.