Mydin sambut ulang tahun ke-67

Iklan
Ameer (depan, lima dari kanan) semasa gimik pelancaran dan pelepasan peserta Fun Run Festival OHMYDIN! 2024 bertempat di MYDIN USJ, Subang Jaya pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN - ROSLI TALIB

[DIKEMAS KINI] SYARIKAT pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin menerusi kempen Festival OHMYDIN! menawarkan penjimatan serta ganjaran keseluruhan bernilai RM6.7 juta buat pelanggan setia sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-67.

Kempen yang mendapat kerjasama 55 rakan strategik termasuk Mydin PayFlex, Boost Kredit, OPPO, Adabi, F&N, Puteri, Unilever dan Wipro Unza itu bertujuan menghargai pelanggan setia dengan menyediakan pelbagai promosi serta peraduan hebat.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, fun run sejauh 6.7 kilometer (km) juga antara program Festival OHMYDIN! 2024 bagi mendidik masyarakat menjaga kesihatan tubuh badan.

Ameer (empat dari kanan) semasa gimik pelancaran Fun Run Festival OHMYDIN! 2024 bertempat di MYDIN USJ, Subang Jaya pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN - ROSLI TALIB

Iklan

Menurutnya, peserta tidak hanya memfokuskan penjagaan kesihatan, malah RM5 daripada yuran pendaftaran yang dikenakan bakal disumbangkan kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Mydin Prihatin.

"Siapalah Mydin tanpa rakyat Malaysia? Saya mewakili seluruh warga kerja mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda khususnya pelanggan setia kami sepanjang 67 tahun ini, alhamdulillah.

Iklan

"Sepanjang kempen Festival OHMYDIN! 2024 berlangsung hingga 11 November depan, pelbagai promosi, peraduan dan ganjaran sebanyak RM6.7 juta diberikan kepada pelanggan setia.

"Selain Fun Run, kami turut menawarkan promosi belian dengan belian (PWP) iaitu diskaun hingga 50 peratus, Hari-Hari MYDIN Murah dan Happy Hour Sales, Jualan Kasi Sampai Licin buat pemegang kad Meriah. Memang berbaloi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika gimik pelancaran pelepasan peserta Fun Run OHMYDIN! 2024 bertempat di pekarangan Mydin USJ di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali; Ketua Bomba Subang Jaya, Syed Syahril Anuar Syed Sulaiman; Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim serta Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya, Tan Seng Guan.

Program Fun Run Festival OHMYDIN!” turut dianjurkan di empat cawangan berbeza selain Mydin USJ Subang Jaya iaitu di Mydin MITC Melaka (21 September), Mydin Tunjong, Kelantan (19 Oktober) dan Petra Jaya, Sarawak (9 November).

Fun run sejauh 6.7km juga antara program Festival OHMYDIN! 2024 bagi mendidik masyarakat menjaga kesihatan tubuh badan.FOTO: MYDIN Malaysia

Katanya, ‘Jom Durian’ juga bakal dianjurkan di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 7 September dan Mydin Pelangi Indah, Johor pada 5 Oktober depan bagi memberikan peluang kepada pelanggan untuk menikmati raja buah itu pada harga serendah RM100 per dulang.

Jelasnya, pengguna Atome, MCash, Moby Islamic dan SpayLater berpeluang menerima pulangan tunai bernilai hingga RM67,000 apabila berbelanja menggunakan aplikasi berkenaan dalam satu transaksi di mana-mana cawangan Mydin.

"Seterusnya, empat jenama iaitu Adabi, Carrie Junior, Puteri dan Lifebuoy turut mengadakan permainan dalam aplikasi MYDINPay yang dikuasakan oleh CashOut dengan hadiah keseluruhan bernilai RM103,500.

Salah seorang peserta fun run bersama sagu hati diterima.

"Pendaftar baharu aplikasi Mydin PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan promosi PWP.

"Orang ramai boleh layari media sosial rasmi Mydin Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Festival OHMYDIN! 2024,” ujarnya lagi.

REAKSI

SHAMEERA

Satu perkara yang saya ingin puji adalah Mydin sangat bermurah hati kerana beri peserta sagu hati yang sangat banyak, penuh satu beg! Berbaloi walaupun peserta sekadar sediakan yuran penyertaan tetapi hadiahnya lebih daripada apa yang kami bayar,”

- Pekerja swasta, Shameera Shaukat Ali,

26 tahun.

YONG JIE

Sejujurnya, dah banyak kali saya sertai program larian tetapi Fun Run Festival OHMYDIN! 2024 ialah yang terbaik. Saya pasti sertai lagi tahun depan,”- Juru program, Wong Yong Jie, 32 tahun.