Clarke pemain ke-10 direkrut Ipswich Town

Iklan
Jack Clarke

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Ipswich Town menandatangani penyerang Jack Clarke dari kelab Liga Kejuaraan Sunderland dengan kontrak lima tahun, umum kelab yang baru dinaikkan pangkat itu pada Ahad.

Butiran kewangan mengenai perpindahan itu tidak didedahkan kedua-dua kelab, tetapi media Inggeris melaporkan bahawa The Tractor Boys membayar Sunderland 15 juta pound untuk pemain berusia 23 tahun itu.

Iklan
Iklan

Sebagai rekod, Clarke telah menjaringkan 28 gol dalam 114 penampilan bersama The Black Cats.

Dia pada mulanya dipinjamkan dari Tottenham Hotspur dan berpindah tetap ke Sunderland pada 2022.

Iklan

Clarke ialah pemain ke-10 ditandatangani pengendali Ipswich, Kieran McKenna dalam usaha membentuk skuad berdaya saing di liga teratas England tersebut

"Kieran McKenna benar-benar sedang menjual nama kelab seiring dengan perjalanan yang sedang lalui ketika ini, serta usaha yang sedang mereka realisasikan.

Iklan

"Satu kerugian sekiranya anda tidak mahu menyertai proses yang sedang dan akan berlaku dalam kelab ketika ini,” ujar Clarke.

Sebagai rekod, Ipswich masih belum menemui rentak kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan - tewas 1-4 kepada Manchester City di Stadium Etihad dan 0-2 kepada Liverpool akan melayan Fulham pada 31 Ogos.