Kertas siasatan budak perempuan 8 tahun maut didera dirujuk TPR

Iklan
laporan Sinar Harian berhubung kejadian berkenaan. Gambar kecil: Noor Ariffin

GOMBAK - Kertas siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai didera di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang, telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada umum sekiranya ada pertuduhan kelak.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan berhubung kes bunuh melibatkan seorang kanak-kanak perempuan itu telah dirujuk ke pejabat TPR Selangor," katanya ringkas melalui kenyataan media pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan pasangan suami isteri yang ditahan susulan kes itu pada 18 Ogos lalu disambung reman seminggu lagi.

Iklan

Bapa tiri, 29, dan ibu kandung mangsa, 28, itu disambung reman seminggu sehingga 31 Ogos ini selepas tempoh reman mereka tamat pada Sabtu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kanak-kanak perempuan itu dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.

Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan bibir, paha, dagu dan lutut.