KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat ini.
Setiausaha Bahagian Pembangunan Masyarakat Kementerian Perpaduan Negara, Zaimy Shaari berkata, majlis yang dijangka bermula pada 4.30 petang itu bertujuan untuk membangkitkan keghairahan dan menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi baharu.
"Kita garapkan tahun ini supaya tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka itu dapat sama-sama kita fahami, apakah peranannya dan ini yang nak disampaikan di majlis amanat ini,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.
Beliau berkata, orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis itu selain boleh mengikutinya melalui siaran langsung di stesen televisyen tempatan dan di media sosial bagi mereka yang tidak berkesempatan ke PICC.
Zaimy berkata, majlis itu turut diserikan dengan reruai yang menunjukkan kepelbagaian Malaysia serta acara selingan seperti kupasan penceritaan mengenai wira tidak didendang.
Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Perpaduan Negara memperkenalkan kempen Kibaran Jiwa Merdeka bagi meningkatkan semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.
Zaimy berkata menerusi kempen itu, rakyat Malaysia digalakkan memuat naik video dan gambar mengibarkan Jalur Gemilang pada tanggal 31 Ogos dan 16 Sept ini di platform media sosial dengan tanda pagar #KibaranJiwaMerdeka.
"Sekarang ini zaman digital, jadi kita buat kempen ini dan kita seru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang dengan kreatif dan penuh hormat,” katanya. - Bernama