Koronavirus: USM arah pelajar pulang dari China jalani pemeriksaan

Iklan
Logo USM

GEORGE TOWN- Universiti Sains Malaysia (USM) meminta pelajarnya yang kembali daripada cuti semester atau baru pulang dari China untuk menjalani saringan kesihatan setempat sebelum meneruskan aktiviti masing-masing.

USM dalam kenyataan hari ini turut menasihati seluruh warganya supaya mematuhi langkah-langkah kesihatan yang perlu dan membuat pemeriksaan jika mempunyai simptom-simptom termasuk demam selesema.

Iklan
Iklan

"Pihak universiti sentiasa peka dengan perkembangan semasa berhubung isu penularan koronavirus di negara ini dan telah menggariskan prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularannya khususnya di kampus-kampus USM.

"Ia termasuk menasihatkan staf dan pelajar yang akan ke China agar membuat penangguhan perjalanan selain bersedia menjalankan saringan rapi terhadap warga USM yang baru kembali dari China sama ada yang kembali daripada cuti semester atau pelajar yang baharu tiba di Malaysia," katanya.

Iklan
Iklan

Pada masa yang sama USM turut mengambil langkah proaktif dengan mengedarkan maklumat tentang langkah-langkah pencegahan yang menepati saranan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).-Bernama