Bakhtiar wakil rakyat prihatin, pejuang nasib penduduk

Iklan
- Foto Pejabat MB Selangor

SEMENYIH - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyifatkan Adun Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor sebagai seorang wakil rakyat prihatin yang giat memperjuangkan nasib penduduk di kawasan Semenyih.

Beliau berkata, kerajaan negeri berasa dukacita dengan pemergian Allayarham yang dilapor meninggal dunia pada jam 4.45 pagi tadi di Hospital Kajang.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Selangor terima berita dukacita pagi ini...Adun Semenyih, Allaharyam Bakhtiar, meninggal dunia ketika berusia 56 tahun.

"Allahyarham adalah seorang wakil rakyat yang prihatin dan juga giat dalam memperjuangkan nasib penduduk kawasan Semenyih. Semasa hayatnya, Allahyarham sering meluangkan masa berbincang dengan saya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenai inisiatif bagi penduduk kawasan Semenyih," katanya.

Iklan
- Foto Pejabat MB Selangor

Amirudin berkata, Allahyarham merupakan anggota Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) di peringkat Dewan Negeri Selangor selain memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat.

" Allahyarham memainkan peranan penting dalam pentadbiran PH di Selangor.

Iklan

"Saya rakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian ini. Semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan untuk mengharungi ujian yang amat berat ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh, dicucuri rahmat Allah SWT serta dikurniakan husnul khatimah," katanya.

Terdahulu, Adun Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor dilapor meninggal dunia pada jam 4.45 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

- Foto Pejabat MB Selangor

Berita itu dimaklumkan dalam akaun Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Kajang Selatan pagi

tadi.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang

Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke rumah keluarganya Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.