22 maut banjir kilat, tanah runtuh di Thailand

Iklan
Banjir kilat dan tanah runtuh di seluruh Thailand menjejaskan lebih 30,900 isi rumah di 13 wilayah sejak 16 Ogos. Foto: Bangkok Community Help Foundation

BANGKOK - Dua puluh dua orang terbunuh dan 19 yang lain cedera dalam banjir kilat dan tanah runtuh yang disebabkan oleh monsun di seluruh Thailand yang menjejaskan lebih 30,900 isi rumah di 13 wilayah sejak 16 Ogos, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa sedang meningkatkan usaha untuk mengalirkan air banjir yang disebabkan oleh hujan lebat monsun dan memberikan bantuan kepada baki 737 kampung yang terjejas di lima wilayah utara negara Asia Tenggara itu, kata Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Agensi berkenaan juga mengingatkan penduduk di 31 wilayah di seluruh negara itu untuk berwaspada terhadap banjir kilat, aliran air hutan dan angin kencang hingga Khamis, sementara pegawai diarah untuk memantau keadaan dengan teliti dan menyediakan pasukan tindak balas kecemasan dan jentera yang akan ditempatkan di kawasan berisiko tinggi. - Bernama

Iklan
Iklan