Gangguan seksual: Polis rakam keterangan bekas ahli Parlimen

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kes berkenaan.

PETALING JAYA - Polis telah merakam keterangan seorang bekas ahli Parlimen yang didakwa terbabit dengan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya telah merakam keterangan 13 individu termasuk suspek dan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 507A/509 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah terkesan satu video tular berdurasi 18 saat berhubung dakwaan itu.

Iklan

Shahrulnizam berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an pada 6 Ogos lalu yang menyatakan telah diganggu secara seksual sebanyak dua kali daripada suspek ketika berada di pasar raya berkenaan.

Berdasarkan hasil siasatan, suspek disyaki bertugas di sebuah syarikat badan berkanun dan menjawat jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif.

Iklan