Aset udara, ATM lakukan latihan penerbangan rendah mulai esok hingga 31 Ogos

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula esok hingga 31 Ogos ini.

TUDM dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan, latihan penerbangan itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Iklan
Iklan

Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat tentera dan pasukan keselamatan negara lain akan melaksanakan penerbangan taktikal rendah di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan Selangor.

"TUDM dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen dan persembahan udara yang melibatkan pesawat udara, khususnya pesawat milik TUDM dan ATM dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter,” menurut kenyataan itu.

Iklan

TUDM menasihatkan orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan ATM serta pasukan keselamatan lain melakukan penerbangan rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan. - Bernama

Iklan