Tanah jerlus: Operasi cari mangsa guna kepakaran tempatan

Iklan
Sulizmie ketika bercakap pada sidang media berkenaan seorang wanita warganegara India yang terjatuh lalu tertimbus tanah mendap di Masjid India pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, yang memasuki hari keempat, pada Isnin, menggunakan sepenuhnya kepakaran tempatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian ini, gerak kerja penugasan dipengerusikan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Hasil perbincangan dengan agensi lain, operasi dijalankan dengan menggunakan kepakaran dalam negara kita.

"Kita percaya dengan bantuan agensi sahabat, Insya-ALLAH dapat selesaikan kes ini," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan sama ada terdapat teknologi atau kepakaran luar digunakan sepanjang operasi terbabit.

Operasi SAR melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK).

Iklan

Sulizmie sebelum itu memberitahu antara kaedah dan teknik yang digunakan ialah teknologi kamera melalui dua teknik iaitu 'push rod' dan 'crawler' yang dimasukkan ke dalam paip pembetungan.

Selain itu, pasukan penyelamat juga menggunakan 'flushing' serta mesin 'jetter' berkuasa tinggi iaitu penyemburan tekanan air yang tinggi dalam usaha pemecahan objek keras.

Insiden tanah jerlus pada Jumaat lalu itu melibatkan seorang wanita warga India berusia 48 tahun.