SEOUL - Korea Utara telah melancarkan pembuatan dron 'bunuh diri' baharu, menurut media kerajaan disamping Pemimpinnya, Kim Jong Un dilihat menyelia prestasi ujian senjata tersebut.
Jong Un yang memakai topi budak pembuat roti dilihat senyum ketika dengan menggunakan teropong untuk menonton dron meletupkan sasaran.
"Kita mesti membangunkan dan menghasilkan lebih banyak dron berani mati," kata Jong Un yang dipetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Dron bunuh diri adalah senjata terbaharu Korea Utara yang mampu membawa bahan letupan sejauh 1,000 kilometer selain direka merempuh sasaran musuh.
Katanya, armada dron bersenjata nuklear akan digunakan dalam jarak serangan berbeza untuk menyerang mana-mana sasaran musuh di daratan atau laut.
"Semua dron Korea Utara diuji pada 24 Ogos dan ia berfungsi mengenal pasti dan memusnahkan sasaran yang ditetapkan selepas terbang di laluan berbeza," katanya.
Pemimpin Korea Utara itu menegaskan mereka akan berusaha memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara proaktif dalam pembangunan dron.
Sementara itu, pakar berkata dron dalam imej yang dikeluarkan oleh media Korea Utara dilihat sama dengan dron bunuh diri 'HAROP' dan 'HERO 30' dari Israel serta 'Lancet-3 buatan Rusia. - AFP