Pengalaman pemain Palestin taruhan Kelantan Darul Naim

Iklan
Pengalaman Layth menjadi sandaran Kelantan Darul Naim dalam mengharungi baki saingan Liga Super.

KELANTAN Darul Naim (KDN) FC memperkuatkan bahagian tengah skuad Kijang Emas apabila merekrut bekas pemain antarabangsa Palestin, Layth Kharoub.

Layth yang berusia 33 tahun juga merupakan abang kepada kapten KIjang Emas, Oday Kharoub, selain beraksi di bahagian sayap, dia juga berkeupayaan bermain sebagai penyerang.

Iklan
Iklan

"Dia menyertai pasukan setelah menjalani sisi pemilihan ketat bersama barisan kejurulatihan sejak Julai lalu termasuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Nara United dari Thailand,” menurut kenyataan KDN FC.

Layth
Iklan

Karier antarabangsa Layth bermula pada tahun 2020 dengan 11 kali penampilan serta menjaringkan lima gol sepanjang mewakili skuad negaranya.

Iklan

Kijang Emas sebelum itu menamatkan kontrak dua penyerang import, pemain dari Guinea-Bissau, Valdumar Augusto Te dan Chadrack Lukombe Muzungu dari Congo.