Ustazah Fauziah sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah

Iklan
Orang ramai membantu mangsa dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat kemalangan. Gambar kecil: Allahyarhamah Fauziah Selamat

JOHOR BAHRU - Seorang ustazah sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh orang awam yang membantunya selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer (KM) 80, Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam, pada Isnin.

Mangsa, Fauziah Selamat, 46, merupakan Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Agama Bandar Renggam dan menetap di Parit Raja Batu Pahat.

Iklan
Iklan

Video dan gambar saat Allahyarham dibisikkan dua kalimah syahadah oleh orang awam ketika tersepit di tempat duduk kenderaan jenis Honda HRV tular di media sosial.

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Klaung, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, guru wanita tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di badan.

Iklan

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Ayer Hitam manakala lori jenis Hino dari arah bertentangan.

"Setibanya di tempat kejadian, mangsa telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit.

Iklan

"Akibatnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu lori berusia 36 tahun cedera," katanya.