Perlu serius urus kewangan, pastikan ekonomi terjamin

Iklan
Rohani

SHAH ALAM - Kaum wanita mempunyai kebarangkalian tinggi menguruskan kewangan keluarga apabila berlakunya kematian atau perpisahan melibatkan pasangan mereka.

Pengasas dan perunding utama Hijrahwealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir berkata, ia berikutan kadar kematian lelaki direkodkan lebih tinggi berbanding wanita berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tahun ini.

Iklan
Iklan

Ujar Rohani, kaum hawa memainkan peranan dan perlu mengambil serius soal pengurusan kewangan demi memastikan kedudukan ekonomi mereka terjamin pada masa hadapan.

"Ada kisah benar apabila semua urusan kewangan diserahkan kepada suami. Kemudian si suami ditimpa kemalangan dan koma, menyebabkan segala perkara kewangan berbalik terletak pada isteri.

Iklan

"Si isteri pula yang tidak pernah membuat sebarang urusan kewangan tidak tahu mengurus hal ehwal kewangan seperti mengeluarkan wang milik suami dari mesin juruwang automatik (ATM), tidak tahu nombor pin suami atau memperbaharui cukai jalan untuk kenderaan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Berdasarkan data terbitan DOSM tahun ini, bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,510 manakala bagi perempuan ialah seramai 20,950.

Iklan

Sementara itu, Sinar Daily melalui program bual bicaranya, She Leads siri keempat akan kembali dengan mengetengahkan topik 'Don’t Go Broke in Your Golden Years'.

Acara yang bakal berlangsung pada Selasa, menampilkan tiga panelis terkemuka iaitu Ketua Jabatan Polisi dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff ; Perancang Kewangan dan Harta, Erin Adlina Adnan; dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Trustees Bhd, Nor Fazlina Ghouse.

Kehadiran panel berkenaan bagi berkongsi kepakaran dalam menguruskan kewangan untuk masa depan serta mengatasi cabaran kewangan yang sering dihadapi oleh wanita.