Besbol wanita Malaysia meniti ranking dunia

Iklan
Pemain besbol wanita menjalankan latihan setiap minggu untuk mengasah kemahiran sedia ada.

HASRAT untuk membawa kemenangan buat pasukan besbol wanita Malaysia ke peringkat antarabangsa tidak pernah padam.

Usaha tersebut mula membuahkan hasil apabila pasukan mereka mula mendapat perhatian beberapa negara setiap kali menyertai kejohanan antarabangsa.

Iklan
Iklan

Jurulatih Kelab Women Baseball Malaysia (WBM), Ruzanaliza Abd Ghani berkata, sejak 2019 pasukannya telah menyertai beberapa pertandingan sehingga berjaya menduduki ranking ke-20 dunia daripada 80 negara.

Menurutnya, terdapat beberapa negara seperti Pakistan, India, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea dan Malaysia tidak melepaskan peluang untuk membina pasukan sendiri kerana sebelum ini sukan besbol hanya dimonopoli oleh lelaki.

Iklan

"Tahun lalu kami baru pulang dari Liga Asia dan ia merupakan pertandingan yang besar buat kita. Walaupun kalah tetapi Malaysia masih berada dalam ranking. Jadi pasukan besbol wanita di negara ini memang ada peluang cerah untuk meningkat naik,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pasukan besbol wanita negara berlepas ke Hong Kong untuk menyertai Liga Asia.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Ruzanaliza, cabaran yang dihadapi oleh pasukan mereka ialah kekurangan pemain muda dan situasi tersebut akan menyukarkan peluang Malaysia untuk terus berada di kedudukan terbaik dunia.

Tambah beliau, ramai dalam kalangan remaja perempuan yang berminat menyertai pasukan itu, namun masalah kenderaan dan kekangan waktu menyebabkan mereka sukar untuk hadir ke sesi latihan.

Beliau berkata, segala usahanya selama enam tahun itu tidak akan disia-siakan, malah akan menjadi pembakar semangat untuk terus mencari bakat baharu mewakili negara.

"Walaupun kami kecil, tetapi saya tak nak berputus asa sebab saya percaya kita ada harapan yang cerah untuk menyerlah dalam sukan besbol.

"Saya percaya ramai di luar sana yang ada minat sebab saya sendiri ada pemain yang datang dari Kuala Selangor dan Pulau Pinang. Saya berharap satu hari nanti pemain besbol Malaysia turut mempunyai ‘harga’ yang sama macam pemain bola sepak,” katanya.