Nur Humaira Syafiqah telah ditemui - Polis

Iklan
Laporan Sinar Harian.

TAWAU - Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemukan di kawasan Kampung Jawa Jalan Tengku Osman, di sini, pada awal pagi Selasa.

Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan itu berkata, pihaknya masih menyiasat remaja berkenaan.

Sebelum itu, Jasmin memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan orang hilang susulan laporan yang diterima berhubung kehilangan remaja tersebut.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, ahli keluarga remaja tersebut merayu orang ramai untuk mengesan Nur Humaira Syafiqah.

Kakaknya Ayu, 39, berkata, kali terakhir adik bongsunya itu dilihat di rumah mereka pada jam 5 pagi di Kampung Tanjung Keramat, di sini.

Iklan