Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama

Iklan
Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS ketika dibuka pada Selasa. Foto hiasan

RINGGIT tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, berikutan jangkaan yang tinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.3470/3505 berbanding dolar AS, paras yang sama ketika ditutup pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Presiden Fed San Francisco, Mary Daly memberikan bayangan bahawa pengurangan kadar faedah sebanyak suku mata kemungkinan diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed pada 17 hingga 18 September depan.

"Pada masa sama, aktiviti pengambilan untung dijangkakan berlaku kerana pelabur mungkin mahu memanfaatkan sebahagian keuntungan daripada kenaikan itu,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Mohd Afzanizam berkata, sehubungan itu, ringgit diunjurkan bergerak ke arah paras sokongan serta-merta RM4.3000 dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ringgit lebih tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Iklan

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0073/0099 daripada 3.0188/0214 ketika ditutup pada Isnin, dan naik berbanding euro kepada 4.8526/8565 daripada 4.8565/8604.

Bagaimanapun, ringgit sedikit rendah berbanding pound British kepada 5.7333/7379 daripada 5.7324/7370 semalam.

Pada masa sama, unit tempatan didagangkan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3333/3365 daripada 3.3367/3396 ketika ditutup semalam, dan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.7815/8009 daripada 12.7891/8050.

Unit domestik tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.75/7.77 dan turut mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 281.5/281.8. - Bernama

Francisco, Mary Daly