UMNOSiswa desak kerajaan haramkan Bersatu

Iklan
Wan Muhammad Zuhir

SHAH ALAM - Kerajaan wajar bertindak lebih tegas mengharamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang disifatkan sebagai parti derhaka apabila pemimpin utamanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa bersikap melampaui batas dengan mengheret institusi diraja dalam ceramah politik.

Pengerusi UMNOSiswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, kemurkaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah terhadap Muhyiddin memberi bayangan serius tentang kewibawaan seorang bekas perdana menteri yang sepatutnya menunjukkan tauladan dan rasa hormat terhadap institusi raja terutama dalam ucapan awam.

Iklan
Iklan

Justeru menurutnya, Muhyiddin perlu meletakkan jawatan kerana membuat kenyataan kontradik dengan ikrar beliau dan parti Bersatu yang sebelum ini mahu menjadi benteng menjaga agama, bangsa, negara serta mendaulatkan Raja-Raja Melayu.

"Sikap politik ala ‘machiavelli’ yang dilakukan oleh Muhyiddin ini jika dibiarkan boleh membenih hingga merosakkan pemikiran anak muda dalam negara kita.

Iklan

"Beliau sanggup melanggar batas sebagai seorang bekas perdana menteri dengan mencipta persepsi dan menyebar sentimen separuh benar yang boleh mengelirukan rakyat terutamanya anak muda. UMNOSiswa dengan tegas tidak boleh membiarkan sahaja pemain-pemain politik ini membenih politik seperti ini.

"Sedar atau tidak perkara ini menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi jangka panjang terhadap kestabilan dan keharmonian hubungan antara rakyat,kerajaan, ahli politik dan institusi raja serta persepsi generasi baharu terhadap peranan Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan