[VIDEO] Muhyiddin perlu letak jawatan dalam PN, Bersatu - Puad Zarkashi

Iklan

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tidak perlu menggunakan alasan bahawa dia belum dihukum bersalah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini berkaitan integriti kerana Muhyiddin didakwa rasuah berhubung isu Jana Wibawa.

Mohd Puad

"Hari ini pula dia didakwa kerana isu 3R (kaum, agama dan raja). Menantunya belum menyerah diri dan Bersatu kalah teruk di Nenggiri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Jelasnya, Muhyiddin perlu mencontohi Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Dia (Najib) letak jawatan bila BN kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ketika itu dia belum didakwa pun.

Iklan
Muhyiddin ketika tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang pada Selasa bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu 3R. Foto Bernama

"Tetapi kenapa dengan tuduhan yang berat (Muhyiddin) masih mahu kekal jawatan?” soalnya.

Muhyiddin masih berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa berhubung projek Jana Wibawa selepas Mahkamah Rayuan pada 28 Februari lalu membatalkan keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) yang dibuat Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Terbaharu, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Felda Perasu, 14 Ogos lalu.

Ia berhubung ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.