WHO lancar pelan strategik global bendung wabak mpox

Iklan
WHO pada Isnin melancarkan usaha global untuk menangani penularan mpox daripada manusia kepada manusia. Foto fail AFP

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin melancarkan usaha global untuk menangani penularan mpox daripada manusia kepada manusia.

Pelan Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Strategik akan bermula dari September 2024 hingga Februari 2025, memerlukan pembiayaan sebanyak AS$135 juta.

Iklan
Iklan

Dengan menyelaraskan usaha global, serantau dan nasional, pelan itu bertujuan untuk meningkatkan strategi pengawasan dan tindak balas, memastikan akses saksama kepada diagnostik dan vaksin, mengurangkan penularan haiwan ke manusia, serta memperkasakan komuniti dalam mengawal wabak, lapor Xinhua.

Pelan vaksinasi itu menyasarkan golongan paling berisiko seperti kontak rapat kes dan pekerja kesihatan untuk memutuskan rantaian penularan.

Iklan

Selain itu, pelan berkenaan akan memberi tumpuan kepada kepimpinan dan bimbingan strategik, serta memastikan akses kepada rawatan perubatan bagi kumpulan paling berisiko di negara terjejas.

"Wabak mpox di Republik Demokratik Congo dan negara jiran boleh dikawal dan boleh dihentikan," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Iklan

Menurut kenyataan WHO, rayuan pembiayaan akan dilancarkan tidak lama lagi. - Bernama-Xinhua