Amaran hujan lebat, ribut petir di enam negeri

Iklan
Amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Selangor. Gambar hiasan 123RF

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 2 petang ini.

Agensi itu menerusi kenyataan memaklumkan, amaran tersebut melibatkan negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Perlis dan Kedah membabitkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor) juga menerima amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.

"Di Johor, situasi berkenaan dijangka melanda daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan