Misi serampang dua mata SMK Shah Alam

Iklan
SMK Shah Alam tampil ke perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2024 dengan misi serampang dua mata.

PASUKAN pilihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam tidak hanya mahu membawa pulang kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) 2024 apabila berdepan SMK TTDI Jaya dalam perlawanan akhir pada Selasa.

Malah lebih daripada itu, pengendali skuad B-18 SMK Shah Alam, Osmera Omaru mahu menampilkan permainan sebenar pasukan bola sepak yang juga antara pasukan sekolah Pusat Latihan Daerah (PLD) berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pasukan SMK tentu sekali ingin membawa pulang gelaran juara pertandingan berprestij ini, tetapi lebih daripada itu, SMK Shah Alam ingin mempamerkan aksi terbaik dengan permainan bola sepak yang menarik, sekali gus mengambil peluang bermain di pentas akhir ini sebagai medan kepada pemain-pemain memperlihatkan bakat mereka kepada umum,” katanya pada Selasa.

Mengulas mengenai status SMK Shah Alam sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan bagi edisi ke-10 itu, Osmera berkata:"Apabila berada di pentas perlawanan akhir, segala-galanya akan menjadi 50-50, kerana prestasi sebelum ini tidak boleh dijadikan sebagai ukuran lagi.

Iklan

"Kita percaya pasukan yang paling kurang membuat kesilapan dalam perlawanan akhir akan keluar sebagai juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2024.”

INFO

Iklan

Laluan SMK Shah Alam Ke Final Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2024

PUSINGAN 32

KUMPULAN E

SMK Pantai Sepang Putra 0 - 1 SMK Shah Alam

SMK Shah Alam 3 -2 SMK Bandar Saujana Putra

SMK Shah Alam 2 - 1 SMK Seri Keramat

* SMK Shah Alam mara ke pusingan kedua dengan status juara Kumpulan E

PUSINGAN KEDUA

SMK Shah Alam 5 - 0 SMK Kelana Jaya

SUKU AKHIR

SMK Shah Alam 1 - 0 SMK Tinggi Kajang

SEPARUH AKHIR

SMK Shah Alam 2-0 SMK Dato’ Harun