6,358 unit Rumah Idaman dijangka siap dalam dua tahun

Iklan
Amirudin (lima dari kanan) diiringi Hock San (tiga kiri) menyampaikan replika kunci kepada pemilik Rumah Idaman BSP

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Rumah Idaman BSP, sebuah pembangunan strategik di Bandar Saujana Putra, terdiri daripada 1,312 unit pangsapuri dua blok dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM375 juta diserahkan kepada pemiliknya pada Selasa.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, sebanyak 2,916 unit lagi akan diserahkan kepada pemilik projek Rumah Idaman pada tahun hadapan diikuti 3,442 unit lagi pada tahun berikutnya menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 6,358) unit.

Iklan
Iklan

"Pada hari ini majlis penyerahan telah diberikan dan untuk (projek) Rumah Idaman pada tahun depan, kita akan serahkan 2,916 unit dan ada tiga projek sedang berjalan, pada 2026 ada 3,442 dari tiga projek juga sedang berjalan.

Sebahagian daripada pemilik yang menerima kunci Rumah Idaman BSP bersama Amirudin (tengah: barisan belakang)

"Jadi dalam tempoh dua tahun sahaja kita akan serahkan lebih kurang 6,358 unit dan itu menerusi projek perumahan Idaman sahaja," ujarnya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Rumah Idaman BSP di Bandar Saujana Putra di sini pada Selasa.

Iklan

Majlis dianjurkan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor di bawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), dengan kerjasama MGB Berhad (MGB), penyedia solusi perkhidmatan pembinaan dan pembangunan hartanah, dan anak syarikat LBS Bina Group Berhad (LBS).

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir Dr. Lim Hock San berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam merealisasikan visi dalam menyediakan rumah mampu milik kepada semua rakyat Malaysia.

Iklan

Ujarnya, dengan pengalaman luas dalam industri pembinaan, MGB yakin dapat membina Rumah Idaman MBI yang berkualiti tinggi sekali gus menetapkan penanda aras baru bagi segmen rumah mampu milik Selangor.

Rumah Idaman BSP, sebuah pembangunan strategik di Bandar Saujana Putra, terdiri daripada 1,312 unit pangsapuri dua blok

Jelasnya, sistem Pratuang IBS mengukuhkan lagi komitmen MGB untuk menjadi penyedia penyelesaian perumahan dengan teknologi IBS yang canggih.

"Matlamat kami adalah memastikan pelancaran bagi projek Rumah Idaman MBI yang akan datang dilancarkan dengan baik sekaligus dilihat sebagai batu loncatan bagi pertumbuhan berterusan pada tahun-tahun akan datang," ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pula berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan MGB dalam projek perumahan mampu milik kali ini.

Jelasnya, perkongsian ini bukan sahaja sejajar dengan komitmen PNSB untuk meningkatkan akses perumahan rakyat tetapi juga menunjukkan dedikasi kami menyampaikan kualiti perumahan dan mutu nilai kepada masyarakat.

"Melalui jalinan kerjasama ini, ia telah memberi impak yang besar dalam menyediakan rumah yang berpatutan dan berkualiti tinggi untuk semua,” tambahnya.