Tanah jerlus: Petugas 'frontliner', media terima sumbangan makanan

Iklan
Arvend yang mewakili Timbalan Perdana Menteri menyerahkan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan dan media di lokasi insiden barisan hadapan di Jalan Masjid India, pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan 150 bungkusan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Pegawai Khasnya, Arvend Applasamy berkata, sumbangan dibuat sebagai tanda prihatin di atas jasa dan sumbangan dilakukan pasukan penyelamat.

"Tujuan ini bagi memudahkan dan menghargai penat lelah petugas barisan hadapan yang berkorban dalam operasi pencarian ini.

Iklan

"Saya mewakili pihak Timbalan Perdana Menteri merakam penghargaan kepada semua petugas terlibat," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, sumbangan bungkusan makanan turut disampaikan kepada petugas media di lokasi.

Iklan

Katanya, petugas media juga berperanan menyampaikan berita yang tepat kepada masyarakat berhubung insiden ini.

Dalam kejadian pada Jumaat, mangsa seorang wanita warga India dikenali Vijayaletchumy berusia 48 tahun.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi.

Selain JBPM, antara agensi terlibat dalam SAR ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Indah Water Konsortium (IWK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pasukan penyelamat telah memperluas operasi membabitkan enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar, dan Bulatan Kinabalu.