Kes Nuraina Humaira: KPWKM beri khidmat sokongan, kaunseling kepada keluarga

Iklan
Nancy ketika sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Yayasan Kebajikan Negara dengan United Kingdom - Malaysia Kecekapan Konsortium bagi pelaksanaan Program Kecekapan RISE, hari ini. Foto Bernama

KUCHING - Khidmat kaunseling akan diberikan kepada keluarga Allahyarham Nuraina Humaira Rosli, seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai mati dibunuh di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Perak pada 16 Ogos lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri berkata, setakat ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) hanya mampu memberikan khidmat sokongan itu kepada ahli keluarga mangsa memandangkan siasatan kes sedang berlangsung.

Iklan
Iklan

"Mengenai kaunseling untuk keluarga yang terlibat, adalah menjadi kebiasaan untuk memberi masa kepada keluarga mencari ketenangan sebelum mendekati mereka agar tidak membebankan mereka dengan interaksi luar.

"Pendekatan ini selaras dengan prosedur biasa yang menekankan pemberian ruang kepada keluarga untuk memproses kejadian sebelum memperkenalkan langkah sokongan tambahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iklan

Nuraina Humaira, 10, yang cacat pendengaran serta lembam dilaporkan hilang pada 16 Ogos lepas dan mayatnya ditemui dua hari kemudian di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Perak.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditahan pada 18 Ogos lepas berhubung kes itu dan diperintahkan sebuah Mahkamah Majistret di Sungai Siput, Perak untuk direman selama tujuh hari bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Iklan